Wednesday, July 21, 2010

PROMOSI KRIM MOOYAH


KRIM MOOYAH KEGEMARAN RAMAI

Satu Produk yang cukup berkualiti dan amat mujarrab digunakan ketika lenguh-lenguh sendi kerana krim ni panas dan boleh melegakan pada bahagian yang sakit seperti sakit pinggang, tergeliat, perut kembung dan macam-macam lagi. TRY FIRST THAN U will see ... Harga promosi hanya Rm 13 saja

LOSYEN PATI HALIA KAMPUNG

Losyen ni sapa yang pernah guna. Mesti tak mau bagi kurang dalam simpanan . Cukup baguih kalau nakk bagi kurus badan pun boleh. Sapu di bahagian yang banyak lemak. Anda akan rasa panas sikit tapi cukup selesa selepas beberap ketika. Banyak lagi kelebihan losyen ni. Nak tau beli dulu dan gerenti mesti puas hati punya. Harga RM 16 saja. Berminat call 013 3998744. Sms tak layan.






PENGUBAT JIWA


9 Siti Yang Patut Dicontohi

1) Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah

Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah

Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar

Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).

5) Siti Mariam

Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah

Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah

Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah

Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.